Saturday, November 14, 2009

LOOK WHAT WE HAVE HERE....


Jenis : kayu

Saiz tapak : 75 x 75 mm

Harga (termasuk pos & getah tulisan) : RM28 per unit
















Kos pos berubah-ubah bergantung pada berat (gram).

Ready stock untuk rubber stamp seperti dalam gambar hanya ada 10 unit. GRAB NOW!!

**Di antara kelebihan rubber stamp jenis kayu seperti ini ialah tulisan rata dan kemas. Ini kerana ia mempunyai 'holder' yang lebih besar berbanding dengan rubber stamp jenis biasa.




Monday, November 9, 2009

Kami Ingin Dengar Daripada Anda Sendiri...

Salam dan selamat bersua kembali di entri kali ini.

Bagi kami Nixx Ent. untuk mendengar sendiri pendapat para pelanggan mengenai produk kami adalah satu penghargaan. Sekiranya anda berpuas hati dengan apa yang kami beri, maka begitu juga dengan kami. Rasa bangga kerana dapat memberikan HANYA YANG TERBAIK buat pelanggan yang dikasihi.

Untuk tujuan itu, satu ruangan khas disediakan ( di sebelah kanan blog ). Anda yang pernah menempah rubber stamp Nixx Ent. bolehlah meninggalkan testimoni di shoutbox tersebut.

Sebagai menghargai kerjasama anda, kami ada sediakan Hadiah Misteri untuk anda. Tapi, ayat-ayat anda mestilah power dan dapat mempengaruhi tanggapan positif orang ramai terhadap rubber stamp Nixx Ent.

Apa yang anda perlu lakukan ialah menempah rubber stamp kami kemudian tinggalkan testimoni di ruangan yang telah disediakan. Dan jika anda antara yang terpilih, HADIAH MISTERI PERCUMA akan menjadi milik anda.

Jadi, apa tunggu lagi! Bertindaklah sekarang sebelum terlambat!

Friday, September 11, 2009

COP SMILEY COMEY :)




Harga tidak termasuk pos
--> untuk self inking (seperti gambar di atas) : RM15 satu unit
--> untuk cop biasa : RM4 satu unit

**Kami hanya menggunakan khidmat pos daftar - kosnya RM3. Bagi yang inginkan pos laju, boleh request - kos RM5.

Contoh perkiraan: (1) Si A order 6 cop smiley comey (self inking) guna pos laju. Harga = RM15 x 6 = RM90 + kos pos RM5 = RM95.
(2) Si B order 5 cop smiley comey (biasa) guna pos daftar. Harga = RM4 x 5 = RM20 + kos pos RM3 = RM23.

Apa yang anda perlu buat :
1- Emel saya di niq_nasrieyah@yahoo.com.my. Taip subjectnya : cop smiley comey. Nyatakan :
-->nama penuh anda
-->alamat penghantaran
-->kuantiti (sertakan sekali samada jenis a atau b & biasa atau self inking).
Jika anda inginkan pos laju, sila nyatakan.

2- Saya akan reply emel anda dengan memberitahu jumlah yang perlu dibayar.

3- Sila bank in atau transfer ke acc BIMB jumlah yang secukupnya. Emelkan saya slip bukti pembayaran.

4- Once confirm pembayaran dah dibuat, cop akan diposkan terus ke alamat anda.

Syarat2:
1- Pembatalan order tidak dibenarkan melainkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh order dibuat.

2- Setiap barang yang dipesan tidak boleh dikembalikan setelah sampai kepada anda.

3- Kami tidak bertanggungjawab atas setiap kerosakan yang berlaku ketika proses pengeposan. Tapi, kami JAMIN, barang anda akan tiba kepada anda dengan selamat.

4- Segala pertanyaan, emel saya di niq_nasrieyah@yahoo.com.my atau YM nik_nasriah atau sms 013-9743885.

***SMILEY COMEY MEMANG COMEL, MILIKI SATU SEKARANG***

contoh2 cop yang terkini






______________CLICK THE IMAGE TO ENLARGE_______________

Tuesday, May 12, 2009

Jenis-jenis rubberstamp

Terdapat tiga jenis rubber stamp/cop yang boleh anda tempah:

1- Cop biasa---> jenis kayu, terdiri drpd tapaknya (stamp plate) dan pemegangnya (holder).Holdernya ada dalam 4 warna iaitu merah, hijau, kuning dan kelabu. Cop jenis ini adalah tanpa dakwat (stamp pad). Stamp pad boleh dibeli berasingan di kedai2 fotostat atau kedai alatulis. Cop ini terdapat dalam pelbagai saiz, ada empat segi tepat, empat segi sama dan juga bulat. Harganya dari serendah RM6 (tidak termasuk pos).

2- Pocket stamp ---> Cop jenis ini kecil sahaja. Ianya ringan, dakwat tersedia dan boleh dibawa ke mana-mana (boleh disimpan di dalam poket atau tas tangan). Terdapat dua saiz iaitu 18mm x 47mm dan 41mm x 15mm (untuk jenis Shiny). Harga berbeza bergantung pada bilangan baris ayat (RM16 dan ke atas tidak termasuk kos pos).

3- Self inking stamp ---> Jenis-jenisnya terdiri daripada SHINY, MAX STAMP dan COLOP. Bekasnya terdapat dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk (bulat dan segiempat). Dakwatnya tersedia dan mudah dibawa ke mana-mana. Harga bergantung pada jenis bekasnya dan bilangan baris ayat. Lazimnya harga di sekitar RM20 - RM30 tidak termasuk pos.

**untuk membuat tempahan, anda boleh mengisi borang tempahan di bahagian bawah sekali blog ini. terima kasih kerana berurusan dengan kami ^ ^

Sunday, May 10, 2009

Jadilah Orang Yang Terawal.....

.....rebut peluang keemasan ini!
Saya ingin memberikan anda offer!

TAWARAN HEBAT!!

Berikan saya nama penuh anda untuk dibuat cop ( satu baris sahaja ).
Saya akan bagi harga istimewa.....

CUMA RM5 ( untuk satu unit ), TANPA perlu bayaran pos.
**harga sebenar RM9-RM10 termasuk pos.

INFORMKAN NAMA ANDA KEPADA SAYA SEKARANG JUGA!!


emel : niq_nasrieyah@yahoo.com.my
YM : nik_nasriah
sms : 013-974 3885


Sila sertakan 1- nama penuh anda
2- alamat untuk tujuan penghantaran
3- nama anda ( satu baris ) untuk dibuat cop

(1) Saya akan reply dengan memberi nombor akaun
Bank Islam.


(2) Sila bank in atau transfer ( melalui internet banking ) jumlah wang yang secukupnya ke akaun tersebut.


(3) Maklumkan pada saya jika bayaran telah dibuat. Sertakan sekali bukti pembayaran.

(4) Cop anda akan dihantar ( menggunakan pos daftar ) ke alamat yang diberikan ( setelah confirm wang dimasukkan ).

(5) Beritahu saya bila barang yang dipesan telah sampai.

(6) Pesanan ikhlas; jika anda berpuas hati dengan hasil kerja kami jangan keberatan untuk menyatakannya di blog ini. Tapi, jika sebaliknya, beritahu saya.



**tawaran ini adalah untuk cop biasa ( stamp pad iaitu dakwatnya anda boleh dapatkan sendiri di kedai2 alatulis berhampiran ).



Saturday, May 2, 2009





















Pernahkah anda terjumpa/terlihat/terpandang bunting ini? Kalau ye, singgahlah..sebab kat sinilah teratak saya dan tempat untuk anda menempah rubber stamp nixx enterprise :)

Thursday, March 19, 2009

perkembangan Nixx Enterprise..

Apa khabar pengunjung blog ini? Diharap anda semua sihat-sihat selalu.

Sudah lebih setengah tahun usia Nixx Enterprise. Kini kami semakin matang.Hasil kerja semakin memuaskan. Doa kami semoga ianya akan berterusan dan akan menjadi lebih baik lagi.

Kalau dulu Nixx Ent. merangkak, tapi sekarang sudah berjalan. Tak lama lagi kami akan berlari pula. Itulah harapan terhadap Nixx Ent.

Kalau anda 'cakna', contoh2 chop yang awal ( dalam blog ini ) tidak berapa menarik dan masih ada kekurangannya. Tapi, jika anda lihat pula contoh2 chop di posting yang akhir2 ini, ternyata Nixx Ent. semakin meningkat maju.

Sambutan daripada pelanggan juga amat memberangsangkan. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Tuhan. Anda bila lagi nak jadi pelanggan kami? Nixx Enterprise sentiasa mengalu-alukan kesudian anda.

Jika masih kabur, YM nik_nasriah untuk maklumat lanjut. NIXX ENTERPRISE SENTIASA ADA MASA UNTUK ANDA.

Sekian dulu untuk waktu ini. Ambil masa anda untuk explore blog ini.

Terima kasih dan wassalam ;).

Tuesday, February 10, 2009

Untuk makluman anda...

Salam semua,
Untuk makluman, anda boleh klik pada setiap pic dalam blog ini sekiranya ingin melihat gambaran dengan lebih jelas lagi.
Seperkara lagi counter hits saya baru saja masukkan, jadi ia bermula dengan 0 bermula 11/02/2009.
Sekian. Kalau ada apa-apa pertanyaan atau pendapat, sila tinggalkan mesej anda di shoutbox. Terima kasih dan jumpa lagi.