Thursday, March 19, 2009

perkembangan Nixx Enterprise..

Apa khabar pengunjung blog ini? Diharap anda semua sihat-sihat selalu.

Sudah lebih setengah tahun usia Nixx Enterprise. Kini kami semakin matang.Hasil kerja semakin memuaskan. Doa kami semoga ianya akan berterusan dan akan menjadi lebih baik lagi.

Kalau dulu Nixx Ent. merangkak, tapi sekarang sudah berjalan. Tak lama lagi kami akan berlari pula. Itulah harapan terhadap Nixx Ent.

Kalau anda 'cakna', contoh2 chop yang awal ( dalam blog ini ) tidak berapa menarik dan masih ada kekurangannya. Tapi, jika anda lihat pula contoh2 chop di posting yang akhir2 ini, ternyata Nixx Ent. semakin meningkat maju.

Sambutan daripada pelanggan juga amat memberangsangkan. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Tuhan. Anda bila lagi nak jadi pelanggan kami? Nixx Enterprise sentiasa mengalu-alukan kesudian anda.

Jika masih kabur, YM nik_nasriah untuk maklumat lanjut. NIXX ENTERPRISE SENTIASA ADA MASA UNTUK ANDA.

Sekian dulu untuk waktu ini. Ambil masa anda untuk explore blog ini.

Terima kasih dan wassalam ;).