Friday, July 4, 2008

KELEBIHAN nixx enterprise

Bismillah. Assalamualaikum.
Bertemu lagi. Di antara kelebihan menempah rubber stamp di Nixx Enterprise ialah :

1- Anda tak perlu berulang alik ke kedai, yakni untuk menempah dan mengambil barang tempahan.
Dengan menempah di Nixx Enterprise ( melalui pos ), anda hanya perlu pergi ke bank ( untuk bank in duit ). Selepas itu, duduk saja di rumah, barang akan sampai kepada anda.

p/s : melainkan jika anda tinggal di kawasan berhampiran Nixx Enterprise ( bandar Chukai, Kemaman ). Anda boleh datang sendiri ke sini.

2- Satu lagi kelebihan Nixx Enterprise ialah hasil kerja yang memuaskan, insya Allah. Ada pengalaman mengambil tempahan menjahit, pernah dipuji kerana jahitan yang kemas dan teliti. Insya allah,sikap cermat itu akan diterapkan dalam proses membuat rubber stamp.

Akhir kalam buat kali ini, Nixx Enterprise masih mentah lagi. Harap dapat sokongan dan doa dari anda semua. Semoga Nixx Enterprise akan lebih berkembang maju pada masa akan datang. Dan, yang lebih penting, mendapat keberkatan dari Allah swt jua.

Kami di sini, bukan hanya ingin memikirkan keuntungan semata-mata, tapi mudah-mudahan kualiti juga akan kami jaga. Seperti motto yang kerap disebutkan, "Kami buat dengan teliti, anda pasti berpuas hati".

Jumpa lagi.. :)

No comments: